Saturday, February 22, 2014

Jenis-jenis Abaya's


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini mari kita sama-sama mengenali jenis-jenis bentuk potongan "Abaya". Anda tentu pernah terbaca tentang pelbagai gaya “Abaya” sama ada tentang potongannya (cutting) atau bentuknya (shape). Di sini kita akan sama-sama mengenali beberapa jenis potongan “Abaya” Elegan yang biasa dipasaran. Dengan informasi ini dapatlah membantu anda mengenali bentuk “Abaya” yang lebih sesuai dengan potongan badan anda.


1. Potongan A (A-Cut)





Di pasaran tempatan ialah “Abaya” dalam bentuk potongan “A” banyak ditemui. Ianya sekali pandang kelihatan sama saja bentuknya dengan jubah-jubah Malaysia yang dipakai oleh sebahagian muslimah. Bentuk potongan “A” sangat popular kerana ianya amat sesuai dengan bentuk badan Muslimah di  Malaysia yang kebanyakannya berbentuk 'pear'. Jadi, apabila memakai abaya berpotongan “A”, ia akan membantu muslimah memelihara aurat dan bentuk badannya. Selain itu bukaan bawah yang luas juga memudahkan kaki melangkah.


  
2. Potongan Kembang Payung (Umbrella-Cut)




Bentuk kembang payung ini menjadikan ia amat digemari ramai samaada di Arab Saudi, Dubai mahu pun di Malaysia. Walau bagaimanapun di Arab Saudi “Abaya” kembang payung menjadi pilihn utama  berbanding di negara-negara Timur Tengah yang lain. “Abaya” kembang payung ini amat sesuai digayakan oleh muslimah yang berbadan tinggi dan sederhana. Ini kerana kebiasaan potongan di bahagian dada yang mempunyai iras cara potongan cheongsam membuatkan pemakai yang berbadan gebu atau gempal kelihatan agak seksi tapi bila ditutupi dengan tudung yang labuh dan lebar. Oleh itu dengan mengayakan bersama tudung labuh dan lebar, ia membolehkan semua muslimah memilikinya.


3. Potongan Rama-Rama (Butterfly-Cut)





Di Malaysia masih belum ramai yang minati dengan “Abaya” potongan rama-rama ini. Berbeza dengan Negara di timur tengah terutamanya di Dubai, “Abaya” ini amat diminati ramai. Dulu ramai yang mengatakan orang yang rendah dan kecil molek tidak sesuai memakai “Abaya” bentuk ini tetapi ianya kurang tepat. Malah ianya selesa dan sangat sopan menjaga aurat kita. Bentuk abaya rama-rama ini kelihatan agak besar berbanding "Abaya" potongan lain and dilihat seperti “Kaftan”.


4. Potongan Dinamik (Modern)


  



Masa berganti masa begitu juga dengan bentuk “Abaya” juga semakin dinamik ( potongannya kini boleh menjadi tidak sekata). Ramai pereka fesyen “Abaya” moden mula meneroka kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai bentuk “Abaya” moden yang tidak merujuk kepada bentuk-bentuk yang standard (yang sudah sedia ada sejak sekian lama). Kebiasaannya rekaan “Abaya” modern ini lebih kepada kesesuaian untuk majlis tertentu dan kurang praktikal untuk dipakai sehari-hari. Ini kerana “Abaya” sebegini kelihatan agak glamor tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan, ianya tidak menepati syarat dalam penutupan aurat. “Abaya” sebegini lebih kepada berfesyen. Walau bagaimana pun ia masih boleh dimanfaatkan dalam menutup aurat dan menjaga imej si pemakainya.

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis dan bentuk “Abaya” yang dijual di pasaran. Untuk setiap bentuk potongan di atas, "Abaya" Elegan ada memasarkan. Apa yang pasti, bentuk “Abaya” tidaklah seperti satu masa dahulu dan kepelbagaian bentuk potongan ini nampaknya makin menarik minat kaum wanita tempatan untuk sama-sama memakainya lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mahu menjaga aurat mereka.


Harap, perkongsian di atas dapat memberi sedikit ilmu atau pengetahuan mengenai “Abaya dan memberi munafaat untuk muslimah semua.


No comments:

Post a Comment