Tuesday, March 4, 2014

Sejarah Kehadiran "ABAYA"


Sejarah Kedatangan “Abaya”

“Abaya” adalah jubah yang berwarna hitam yang digunakan oleh wanita Islam (Muslimah) sebagai pakaian harian. Ia boleh digambarkan seperti jubah yang berlengan panjang. Di Negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan lain-lain kebanyakan kaum wanita memakai “Abaya”.  Di Negara Iran “Abaya” dipanggil “Chador”.

 “Abaya” menutupi seluruh badan kecuali muka, kaki dan tangan. Ia boleh dipakai bersama-sama “niqab”, ia menutup seluruh muka kecuali mata (purdah).

Tempat asal “Abaya” tidak dapat dipastikan. Ia wujud lebih 4000 tahun lalu di dalam peradapan dahulu kala dan bila Islam bangkit pada kurun ke-7. Agama menerapkan kain berkelubung di dalam budaya hidup. Berkemungkinan ia merupakan pakaian traditional wanita Arab Jahilliah.

Pada masa itu wanita memakai pakaian yang menampakkan leher, dada malah buah dada yang merupakan sebahagian tubuh badan. Mereka juga menolak pakaian mereka kebelakang dan membiarkan bahagian depan terbuka luas. Apabila kedatangan ISLAM (agama yang agung yg di bawa oleh Nabi Muhammad Saw), semua diarahkan semua bahagian tubuh kecuali kaki, tangan dan muka. Ini bagi melindungi kaum wanita dari kurang dihormati.

Di Semenanjung Arab (timur tengah), menutup badan (aurat) bukan kerana Islam semata-mata ia melambangkan keistimewan dan kemewahan yang mampu dimiliki oelh kaum wanita yang tidak bekerja. Ia membezakan antara seorang hamba, pelacur dimana mereka tidak dibenarkan menutup aurat da nada dikalang wanita dari kawasan pendalaman yang sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan atau tidak mempraktikkan penutupan muka dan menggunakan pakaian tambahan untuk menutup badan mereka (iaitu aurat).

Hari ini pentafsiran dari Undang-undang Syariah secara kerasnya menetapkan bahawa Wanita Islam (Muslimah) mesti memakai pakaian yang menutup Aurat didepan mana-mana lelaki atau bukan muhrim.

“Abaya” didatangkan dalam pelbagai jenis dan rekabentuk serta berbeza gaya dan warna yang digemari oleh kaum wanita pada kawasan yang khusus bergantung kepada tafsiran Agama dan Budaya.

“Abaya” berwarna hitam adalah menjadi kebiasaan di pakai oleh wanita di Negara Timur Tengah seperti Arb Saudi, UAE, Qatar dan lain-lain.

“Abaya” yang berwarna sangat popular dipakai di kalangan Negara Asia Timur seperti Negara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Masa kini “Abaya” berwarna sudah meningkat popularitinya di kalangan Negara Timur Tengah.


Secara umumnya wanita muslim boleh memakai samaada “Abaya” hitam atau “Abaya” berwarna selagi ia tidak menghasilkan perhatian yang tidak sepatutnya. 

No comments:

Post a Comment